Judul : "Deruman Enjin Terlampau Kuat Sebelum Pesawat Hilang," Tragedi Hawk 108
link : "Deruman Enjin Terlampau Kuat Sebelum Pesawat Hilang," Tragedi Hawk 108
"Deruman Enjin Terlampau Kuat Sebelum Pesawat Hilang," Tragedi Hawk 108
Pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dilihat terbang rendah di kawasan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini, sebelum dilihat berasap kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Saksi kejadian, Hafizuddin Yunus, 32, berkata, dia melihat pesawat itu terbang dalam ketinggian kira-kira 1,000 kaki ketika sedang menunggang motosikal berdekatan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal menghala ke Kampung Ibok.
"Saya terkejut lihat pesawat itu terbang sangat rendah, deruman enjinnya sangat kuat dan saya lihat ia meluncur ke arah sekitar Hutan Simpan Tasik Buku dan Seri Bandi.
"Terdetik di hati saya pesawat tu macam nak jatuh. Lepas kelibat pesawat itu makin menghilang saya lihat keluar asap," katanya kepada Sinar Harian.
Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan setengah jam kemudian sebelum dua jururerbang Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof ditemui meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kecemasan.
Kedua-dua mangsa ditemui di sebuah kawasan hutan paya bakau di Kampung Pondok Pasir, bersebelahan Kampung Yak Yah.
Sementara itu, seorang lagi saksi, Siti Zamilah Mohd Hussin, 27, berkata, dia terperanjat terlihat dua lelaki berpayung terjun ketika sedang menyapu sampah di halaman rumahnya di atas bukit di Kampung Pondok Pasir kira-kira jam 12.30 tengah hari.
"Lepas dengar bunyi dentuman kuat, saya tengok dua lelaki berpayung terjun. Saya nampak mereka pakai pakaian hitam.
"Salah seorang daripada mereka saya tengok menarik-narik tali payung terjun dan memberi isyarat tangan pangkah dekat saya," katanya.
Dia melambai tangan ke arah dua lelaki berkenaan kerana menyangkakan dua lelaki tersebut sedang mengadakan latihan payung terjun. Sebaliknya, dua lelaki berkenaan dilihat jatuh ke arah kawasan belakang rumahnya.
Ketika itu mereka masih lagi dilihat berada di atas kerusi sehingga anaknya, Fitrishah Faizal, 8, menyatakan orang di atas kerusi itu terbang.
Seorang lagi saksi yang juga abang kepada Siti Zamilah, Ali Mohamad Mohd Hussin, 37, memaklumkan dia terdengar bunyi dentuman ekzos pesawat ketika sedang duduk di atas buai di hadapan rumahnya di Kampung Pondok Pasir.
"Dua kali saya dengar bunyi dentuman kuat, lepas tu senyap. Saya intai-intai tapi tak ada apa-apa. Lepas tu beberapa jam kemudian saya lihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah saya."
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, operasi mencari menyelamat digerakkan dalam radius 40 kilometer sekitar Kampung Yak Yah.
"Kesukaran kita adalah untuk menentukan kedudukan pesawat yang terhempas berkenaan. Kita akan mohon bantuan Pasukan Gerakan Am dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.
Operasi mencari bangkai pesawit itu dilakukan dengan kekuatan seramai 20 anggota polis, 13 angoota pasukan bomba dan penyelamat, 23 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sembilan kakitangan Hospital Kemaman dan dua anggota tentera.
Sumber/ Foto: RAIHAM MOHD SANUSI, Sinar Harian via Mingguan Wanita
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgQ5Ki
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel "Deruman Enjin Terlampau Kuat Sebelum Pesawat Hilang," Tragedi Hawk 108
Anda sekarang membaca artikel "Deruman Enjin Terlampau Kuat Sebelum Pesawat Hilang," Tragedi Hawk 108 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/deruman-enjin-terlampau-kuat-sebelum.html