Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah
link : Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

Baca juga


Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

Cukai pelancongan yang dikenakan terhadap penginapan di bilik hotel adalah langkah terdesak kerajaan untuk mencari dana tambahan, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (AMANAH), Faiz Fadzil.

Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat - Ketua Pemuda Amanah

Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

“Pelaksanaan cukai baru ini setelah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmanatan) diperkenalkan dua tahun lalu menunjukkan kantung negara berada dalam keadaan tenat.

“Langkah terdesak ini berpunca daripada salah urus tadbir kerajaan sehingga pendapatan negara terjejas akibat korupsi dan ketirisan perbelanjaan selama ini,” dakwanya pada kenyataan media.

Menurut Faiz, hutang negara yang mencecah RM683.9 bilion dan bersamaan 54.46 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak mampu dipulihkan oleh kerajaan.

“Oleh sebab itu, kerajaan tiada pilihan selain daripada mengenakan cukai baru yang regresif dan terdesak ini,” katanya pada kenyataan media.

Pada 6 Jun lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan cukai pelancongan berkuatkuasa 1 Ogos yang akan menyaksikan pelanggan, termasuk rakyat tempatan perlu membayar sehingga RM20 bagi penginapan sebuah bilik hotel semalaman.

Nazri berkata, pelaksanaan cukai pelancongan membolehkan kerajaan mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.

Mengulas lanjut, Faiz berkata cukai pelancongan yang diperkenalkan kerajaan berupaya menjejaskan industri perhotelan dan pelancongan kerana caj yang dikenakan terlalu tinggi.

Memetik Laporan Tahunan Program Transformasi Negara, beliau berkata resit pelancongan tahun 2015 merosot sebanyak empat peratus kepada RM69.1 bilion berbanding RM72 bilion bagi tahun 2014.

Katanya, keadaan itu pasti menjejaskan industri pelancongan yang akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan yang bergantung kepada industri ini.

“Dengan bayaran tambahan ini, dibimbangi industri pelancongan akan lebih terkesan,” katanya.

Sumber: Malaysiakini



Sumber Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tal3mA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

Sekianlah artikel Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/cukai-pelancongan-yang-dikenakan-ke_11.html

Subscribe to receive free email updates: