Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka

Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka
link : Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka

Baca juga


Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka

MELAKA – Pelaksanaan cukai pelancongan yang dijadual pada 1 Julai depan dijangka tidak akan memberi kesan terhadap kedatangan pelancong tempatan atau antarabangsa ke negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata langkah diambil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu merupakan inisiatif bagi menambah sumber pendapatan baharu sekali gus menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan negara.

Katanya, pelaksanaan cukai berkenaan juga secara tidak langsung dapat membantu dalam usaha menjana pendapatan industri pelancongan negara.

“Tidak perlu khuatir dengan pengenalan cukai ini kerana saya kira jumlah kedatangan pelancong ke Melaka tidak akan terjejas sebaliknya mereka (pelancong) mendapat jaminan bahawa prasarana pelancongan negara akan dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita ,di sini hari ini.

Terdahulu, Idris merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Pengurus Besar TM Melaka, Datuk Rozlan Mohamed dan barisan exco negeri serta kira-kira 500 penjawat awam di negeri ini.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan yang antara lain membenarkan pelaksanaan kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai perlaksanaan cukai itu, Idris berkata Melaka turut menerima reaksi yang hampir sama apabila memperkenalkan cukai warisan.

“Bagaimanapun, lama-kelamaan mereka semakin positif kerana boleh mempertikaikan sekiranya produk warisan berkenaan tidak dijaga dan dipelihara dengan baik atas cukai yang dikenakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri meminta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mempertimbangkan beberapa bangunan kerajaan lama yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan di Jonker Walk.

Melaka memperkenalkan cukai warisan sebanyak lima peratus untuk setiap pengusaha hotel pada September 2011, sebelum memansuhkan cukai itu dan menukarnya dengan caj warisan sebanyak RM2 setiap bilik setiap malam pada Januari 2012. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sjq4wP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka

Sekianlah artikel Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cukai Pelancongan Tak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Melaka dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/cukai-pelancongan-tak-jejas-kedatangan.html

Subscribe to receive free email updates: