Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak

Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak
link : Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak

Baca juga


Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak



MIRI – Kerajaan Persekutuan harus mempertimbangkan untuk mengkaji semula keputusan melaksanakan cukai pelancongan bermula 1 Julai kerana ia boleh menjejaskan ketibaan pelancong di Sarawak.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Hotel-hotel Malaysia (Cawangan Sarawak) John Teo Peng Yew berkata tambang perjalanan ke Sarawak sudahpun mahal berbanding destinasi pelancongan yang lain seperti Bali, Hong Kong dan Taiwan, dengan pelancong perlu membayar RM1,145 untuk sehala atau RM2,000 untuk tiket penerbangan pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Sibu.

“Tetapi seseorang boleh menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok dan kembali dengan hanya RM409, dan ini menjadikan sukar untuk mempromosi Sarawak disebabkan tambang yang tinggi,” kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata masalah kesalinghubungan bagi Sarawak, terutama tambang udara harus diselesaikan dahului sebelum kerajaan persekutuan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan cukai pelancongan.

Teo berkata selain menjejaskan ketibaan pelancong, cukai pelancongan boleh memberi kesan buruk ke atas pengusaha hotel berlesen kerana kebanyakan pelancong dijangka tinggal di motel-motel bajet, rumah tumpangan dan inap desa tidak berlesen di Sarawak untuk mengelak daripada membayar cukai.

“Ada banyak (motel-motel bajet, rumah tumpangan dan inap desa tidak berlesen) yang beroperasi di Sarawak, hanya membayar kadar kediaman untuk utiliti.

Bagi hotel-hotel berlesen, Teo berkata pengusaha perlu membayar pelbagai bayaran kawal selia yang menyebabkan peningkatan kos operasi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan, upah minimum dan bil utiliti.

Beliau berkata ini cukai pelancongan akan menjadi beban kewangan tambahan untuk tetamu rakyat tempatan berbanding tetamu warga asing kerana majoriti tetamu hotel di Sarawak ialah dari negara ini dan bukan dari negara asing.

Untuk Bandar Miri, beliau berkata kemerosotan harga minyak sejak 2015 telah menjejaskan kadar penginapan hotel dengan kadar penginapan hotel di Miri sebelum ini sentiasa berada melebihi 73 peratus tetapi untuk tahun ini, sehingga Mac, purata kadar penginapan telah menurun 42 peratus. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rkSbvf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak

Sekianlah artikel Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cukai Pelancongan Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/cukai-pelancongan-boleh-jejas-industri_12.html

Subscribe to receive free email updates: