Judul : Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras
link : Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras
Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras
Pengerusi Pengilang Beras Sinomalay Kedah, Tan Yen Seong berkata perkara itu sangat tidak logik memandangkan harga plastik lebih mahal daripada beras.
“Ia sangat tidak berasas. Pihak kami merasakan wujudnya keadaan beras plastik adalah kerana kesilapan cara pengguna memasak beras itu. Seperti yang kita tahu, setiap jenis beras perlu dimasak dengan cara berbeza.
“Mungkin ketika memasak, pengguna meletakkan air yang sedikit hingga menyebabkan nasi yang dimasak menjadi keras seperti plastik,” katanya pada sidang media mengulas beras palsu di pejabat persatuan terbabit.
Tan berkata pihaknya sangat kesal dengan penularan berita beras palsu di media sosial yang menjejaskan imej pengilang selain menyebabkan pengguna waswas untuk membeli beras yang ada di pasaran.
Beliau juga berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.
Pengguna yang masih waswas mengenai kualiti beras yang dibeli, diseru merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di tempat masing-masing.
BACA INI JUGA: Banyak Sangat Palsu Di China, Terbaharu Universiti Palsu!
sumber: FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvbn5z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras
Anda sekarang membaca artikel Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/beras-tiruan-plastik-tidak-wujud-di.html