Judul : Bebel harmonikan rumahtangga kata Ezlynn
link : Bebel harmonikan rumahtangga kata Ezlynn
Bebel harmonikan rumahtangga kata Ezlynn
PENYANYI popular lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn menganggap sikap ‘membebel’ dalam kalangan isteri penting untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Ezlynn, 36, yang memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hujung bulan lalu berkata, sikapnya yang terlalu diam dan tidak kisah menjadi salah-satu punca rumah tangganya bermasalah.
“Sebenarnya membebel itu perlu bagi seorang wanita yang sudah berkahwin. Nasihat saya kepada semua wanita yang sudah berkahwin, jangan terlalu berdiam diri dan luahkan apa yang anda rasa,” katanya.
Adam Fahmy selaku defendan bagaimanapun tidak bersetuju dengan perceraian itu.
Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga pada 11 Julai ini.
Menurut Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, buat masa ini dia masih tinggal serumah dengan Adam Fahmy tetapi keadaan mereka sudah jauh berbeza.
“Kami masih serumah tetapi jarang berjumpa. Jika bertembung hanya senyum sajalah,” katanya.
Ezlynn berkata, sebenarnya dia seorang yang tidak suka bercerita mengenai hal rumah tangga, namun demi kerjaya dia perlu keluar berdepan dengan orang ramai.
“Masalah yang berlaku bukan alasan untuk saya menjauhkan diri daripada semua orang. Kalau orang sudah bertanya saya perlu menjawabnya.
“Apa yang penting saya perlu keluar untuk melancarkan perjalanan seni saya,” katanya.
Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan anak.
Media sebelum ini melaporkan, khabar angin mengenai keretakan mahligai pasangan terbabit mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila Ezlynn sering dilihat tampil sendirian tanpa suaminya.
The post Bebel harmonikan rumahtangga kata Ezlynn appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rfp3le
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Bebel harmonikan rumahtangga kata Ezlynn
Anda sekarang membaca artikel Bebel harmonikan rumahtangga kata Ezlynn dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/bebel-harmonikan-rumahtangga-kata-ezlynn.html