BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN………

BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN……… - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN………, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN………
link : BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN………

Baca juga


BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN………

Setiap ibu bapa yang memiliki anak yang masih lagi kecil pasti akan sentiasa memantau apakah yang akan mereka makan dan apa yang mereka masukkan ke dalam mulut. Namun, dek kerana kelalaian ibu bapa itu sendiri akhirnya anak ditimpa musibah yang akhirnya memudaratkan. Semoga kisah yang dikongsikan oleh IIUM Confession ini mampu dijadikan iktibar untuk semua dan khasnya ibu bapa.

Salam sejahtera dan Salam Ramadhan Kareem. Moga bulan penuh barakah ni memberi seribu makna dan kebaikan pada diri kita InshaAllah Amieen.

Di sini aku nak kongsi dengan korang. Satu kisah sedih yang baru saja berlaku di bulan ramadhan tahun ni. Yee.. ramadhan ke 10. Aku harap sangat agar kisah ni boleh di jadikan pengajaran dan iktibar kepada pembaca terutamanya kepada ibu bapa.

Sumber: GengViral

Untuk menjelaskan cerita, aku ni bekerja sebagai salah seorang healthcare provider sektor swasta. Aku seorang Penolong pegawai perubatan dan sekarang aku bekerja di sebuah lapangan terbang domestik belah utara bahagian perubatan kecemasan. Tugasan kami merespond setiap kes kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera sebelum di hantar ke hospital berdekatan. Cukup setakat itu.

Berbalik kepada kisah yang ingin diceritakan. Kisah ini berlaku pada ramadhan ke 10 tahun ini. Pada hari itu, aku ditugaskan pada shift sebelah petang. Jadi shift kami bermula pada pukul 2 petang hingga 9 malam. Kejadian berlaku semasa 10 minit selepas azan maghrib.

Ketika itu kami yang bekerja seramai 3 orang bersama seorang doktor sedang menjamu makanan berbuka. Makanan tersusun diatas katil rawatan yang dilapik dengan surat khabar. Sedang kami sibuk mengisi perut masing masing, dari kejauhan kedengaran sayup sayup suara seorang lelaki menjerit meminta tolong. Semakin lama semakin dekat.

Yaa.. tandanya kami bakal menerima satu kes walk in. Dengan segera makanan yang masih dimulut ditelan segera. Yang masih ditangan disuap penuh ke mulut. Makanan yang tadinya penuh di atas katil rawatan dibungkus semula. Kelihatan kelibat seorang lelaki berlari pantas ke base kami. Di tangannya sedang mendukung seorang bayi berumur lingkungan 1 tahun 5 bulan. Bayi lelaki. Kepala nya terlentok dibahu ayahnya. Tangannya lemah tergantung. Turut berlari anak dibelakang lelaki itu, seorang wanita dan seorang kanak kanak lingkungan 4 tahun.

Masuk sahaja dibase, si ayah merayu sambil menangis meminta tolong. Bayinya tidak sedarkan diri. Kami segera baringkan di atas katil rawatan. MashaAllah. Kelihatan muka bayi sudah cynosis (kebiruan). Sedang doktor cuba membuka airway (salur pernafasan) dan memerhati sekiranya ada foriegn body dan dibantu dua kawanku, aku segera bertanya pada si ayah.

Apa yang telah berlaku sehingga bayinya tidak sedarkan diri. History of presenting illness amat penting untuk diketahui supaya dapat mempercepatkan diagnosis dan rawatan. Si ayah tidak mampu berkata apa. Hanya menangis dan menyalahkan diri sendiri. Beberapa kali diulang ayat “aku yang salah, aku yang salah”. Soalan aku ditujukan kepada wanita tadi. Kelihatan seperti ibu kepada bayi tersebut.

Si ibu menceritakan kejadian yang berlaku. Mereka sekeluarga baru sahaja sampai ke destinasi. Berbuka puasa di foodcourt tingkat 1. Bayi itu di letakkan di dalam stroller. Sedang mereka menikmati juadah berbuka, mereka tidak perasan bahawa anak sulung yang berusia 4 tahun turut menyuapkan makanan berupa kacang kemulut adiknya. Apa yang mereka sedar, anak kecil itu menangis dan muka kelihatan membiru.

Aku tangkas menceritakan kepada doktor secara ringkas. Doktor melakukan suction. Didapati beberapa biji kacang tanah disedut masuk kedalam mesin suction itu. Pernafasan bayi itu telah terhenti sejak mula sampai. Doktor yakin bahawa terdapat banyak lagi foriegn body yang telah masuk ke trachea dan paru paru. Resusitasi chocking dilakukan dengan segera. CPR juga turut dimulakan.

Aku segera menyediakan peralatan BVM (Bag Valve Mask) untuk pemberian oksigen 100%. Dengan tangkas kami segera mengahantar bayi kecil ini ke hospital berdekatan yang memakan masa hanya 13 minit dari base. Ibu bapa bayi ini juga turut serta menaiki ambulance kami.

Sampai sahaja di Emergency Room, proses resusitasi diteruskan lagi beberapa minit. Si anak sulung diam tak mengerti apa. Ayah dan ibu masih menangis menyesal kelalaian mereka. Tepat pukul 8.30 malam, proses resusitasi dehentikan. Kekal tidak bernafas dan tidak lagi bernyawa. Sebaik sahaja doktor memaklumkan kepada ibu ayah bayi tersebut, meraung si ibu memeluk anaknya yang telah kaku tidak bergerak. Wajah bayi itu pucat dan kebiruan.

Si ayah memeluk erat anak sulungnya. Setelah selesai beberapa dokumen yang diperlukan. Kami pulang ke base. Makanan berbuka tidak lagi diusik. Terasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan satu nyawa yang baru hendak mengenal dunia. Tenanglah kamu wahai anak syurga. Moga kejadian ini memjadi asbab untuk kamu memimpin tangan kedua orang tua mu masuk ke dalam syurga.

Apa yang ingin aku sampaikan, walau apa pun yang kita lakukan, jangan lalai. Perhatikan tingkah laku anak anak. Kadang sesuatu perkara itu berlaku tanpa disangka sangka. Jangan menyesal dikemudian hari. Walauapa pun, setiap kejadian itu ada sebabnya. Jodah, ajal maut dan pertemuan itu ditangan Allah. Moga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita peka dengan leadaan sekeliling. Selamat berpuasa. Wassalam.

sumber: kacangparpu



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDJnB9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN………

Sekianlah artikel BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN……… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAYI MATI KERANA ABANGNYA SUAPKAN KACANG. INI TERJADI DISEBABKAN……… dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/bayi-mati-kerana-abangnya-suapkan.html

Subscribe to receive free email updates: