Judul : Azalina "Minta Rakyat" Agar Tidak Panik Dengan Isu Kes Saman DoJ !
link : Azalina "Minta Rakyat" Agar Tidak Panik Dengan Isu Kes Saman DoJ !
Azalina "Minta Rakyat" Agar Tidak Panik Dengan Isu Kes Saman DoJ !
BANGI: Rakyat diminta tidak mudah panik dengan isu saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina kesal sesetengah pihak mudah percaya dengan apa saja yang didakwa. “Apabila Amerika Syarikat kata ini satu perkara yang berlaku, tak ada usul periksa, kelam kabut kita percaya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu itu selepas merasmikan Konvensyen Bantuan Guaman hari ini.
DoJ mengemukakan saman sivil kedua baru-baru ini bagi mendapatkan semula aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. Azalina berkata setiap negara mempunyai sistem undang-undang tersendiri termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia.
“Bagi saya DoJ ialah Amerika punya sistem. Terpulang kepada dia. Ia adalah perkara sivil. “Dalam negara, kita ada sistem Parlimen, sistem mahkamah kita, sistem peguam negara kita. Kita dah ada semua. Oleh itu, kita lakukan ikut cara kita,” katanya. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Azalina "Minta Rakyat" Agar Tidak Panik Dengan Isu Kes Saman DoJ !
Sekianlah artikel Azalina "Minta Rakyat" Agar Tidak Panik Dengan Isu Kes Saman DoJ ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azalina "Minta Rakyat" Agar Tidak Panik Dengan Isu Kes Saman DoJ ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/azalina-minta-rakyat-agar-tidak-panik.html