AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION

AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION
link : AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION

Baca juga


AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION

PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) kini sedang menyiasat pembelian sebuah syarikat tenaga di AS bernilai AS$2.2 bilion yang dilakukan sebuah dana pelaburan kerajaan Timur Tengah, lapor Wall St Journal hari ini.

Menurut akhbar kewangan itu, urus niaga itu diatur Goldman Sachs Group Inc dan menyebabkan seorang pelabur menerima durian runtuh sebanyak AS$300 juta dalam masa kurang seminggu.

Memetik mereka yang mengetahui mengenai siasatan itu, WSJ berkata penyiasat merasakan pelabur itu adalah pemain utama dalam skandal rentas negara melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Goldman Sachs memperolehi jutaan dolar sebagai upah mengatur perjanjian bon bernilai AS$6.5 juta untuk 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam saman untuk merampas aset memberikan dakwaan terperinci yang dana itu pada 2013 dan 2014 mencuri wang daripada 1MDB yang disalurkan melalui beberapa siri akaun bank dan syarikat pesisir pantai bagi membiayai sebahagian daripada pembelian Coastal Energy, sebuah syarikat berpangkalan di Houston.

Saman itu bertujuan untuk merampas keutungan hasil urus niaga Coastal itu, tetapi tidak mensasarkan aset Coastal.

Urus niaga Coastal melibatkan ramai orang yang penyiasat percaya terlibat dalam rancangan untuk menipu dan merompak 1MDB.

Pembeli itu ialah usaha sama antara syarikat yang dimiliki dana pelaburan asing Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), dan sebuah syarikat pesisir pantai yang dikawal Low Taek Jho (Jho Low), menurut saman rampasan aset yang dihantar Jabatan Kehakiman.

Goldman Sachs menasihati unit IPIC yang membayar hampir keseluruhan harga pembelian itu.

Jabatan Kehakiman memfailkan saman rampasan aset bernilai AS$1 bilion kepada hartanah yang dikawal eksekutif kanan IPIC dan Jho Low tahun lepas.

Dalam aduan itu, Jabatan Kehakiman meluaskan saman itu untuk memasukkan hartanah di London yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang didakwa diambil daripada 1MDB dan digunakan Jho Low dan keluarganya mengubah wang haram itu melalui pembelian Coastal Energy.

Jho Low yang dinasihati secara tidak rasmi oleh Goldman ketika itu, mula berhubungan dengan Coastal pada 2012 tentang kemungkinan pengambilalihan, kata sumber yang mengetahui urusan tersebut.

Skeptikal yang dia mampu mengeluarkan wang tunai yang diperlukan untuk urus niaga itu, eksekutif Coastal memintanya mencari rakan kerjasama yang lebih besar, mereka yang lebih arif tentang perkara tersebut.

Dia (Jho Low) kemudiannya berhubung dengan unit tenaga IPIC di Sepanyol, Compañía Española de Petróleos SAU, atau Cepsa, kata sumber.

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu melabur AS$50 juta dalam urus niaga itu, dan Cespa membiayai baki pembelian bernilai AS$2.2 bilion itu, menurut saman Jabatan Kehakiman dan penyata mengumumkan pengambilalihan itu.

Seminggu kemudian, Cespa memindahkan AS$350 juta ke dalam syarikat pesisir pantai Jho Low menurut saman itu lagi.

“Asas komersial dalam pulangan hampir serta merta pada kadar 600% dalam pelaburan ini tidak jelas,” kata saman Jabatan Kehakiman itu. IPIC dan Cepsa tidak membalas permohonan untuk mendapatkan penjelasan mereka.

Sebelum perjanjian dengan syarikat tenaga AS itu dimeterai, jabatan pematuhan Goldman memberitahu jurubanknya supaya menghentikan kerjasama dengan Jho Low atau entitinya dalam urus niaga tersebut, kerana kebimbangan yang tercetus berkaitan dengan kekayaannya, kata sumber mereka yang arif tentang perkara itu lagi.

Goldman baru-baru ini menolak permohonan Jho Low untuk membuka akaun peribadi kerana sebab yang sama, menurut sumber.

Jho Low kekal terlibat melalui syarikat pesisir pantai dikenali sebagai Strategic Resources (Global) Ltd, menurut dokumen perjanjian itu.

Goldman menasihati Cespa yang memayar hampir kesemua harga pembelian itu, menurut aduan tersebut, berdasarkan dokumen dan penyata penggabungan mengumumkan urus niaga itu.

PricewaterhouseCooper ialah penasihat kewangan kepada Cespa dan SRG. PricewaterhouseCoopers enggan memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

Goldman memberitahu dalam satu kenyataan yang Jho Low dan mana-mana syarikat yang dikawalnya bukan pelanggan Goldman dalam urus niaga Coastal.

“Sebelum membaca pemfailan kerajaan itu, Goldman tidak menyedari dan tidak pernah terlibat dalam apa-apa transaksi di mana SRG menjual kembali saham mereka dalam satu usaha kerjasama kepada Cespa,” kata syarikat itu.

Goldman secara kasarnya memperolehi AS$600 juta dalam hasil perolehan daripada 1MDB pada 2012 dan 2013 kerana menjual bon bernilai AS$6.5 juta.

Kebanyakkan wang yang diperolehi Goldman diambil keluar daripada 1MDB oleh Jho Low dan eksekutif IPIC dan digunakan untuk membeli kediaman mewah, membayar hutang judi dan membiayai sebuah syarikat filem Holloywood, dakwa saman Jabatan Kehakiman itu lagi.

Goldman juga menafikan mengetahui penipuan yang berlaku di 1MDB.

Pada Januari 2014 kenyataan media yang dikeluarkan Coastal Energy, Cepsa dan SRG mengumumkan urus niaga itu disempurnakan merujuk kepada Strategic Resources sebuah syarikat yang dikawal ayah Jho Low, Larry Low.

Apabila eksekutif dan penasihat berjumpa untuk makan malam meraikan temeterainya perjanjian itu, Szen Low, adik Jho Low juga menyertai sambutan berkenaan, kata satu sumber.

Jho Low yang tidak diketahui berada di mana menafikan wujudnya salah laku. 1MDB secara konsisten menafikan salah tadbir korporat dan mengatakan yang mereka akan bekerjasama dengan siasatan yang sedang berlaku.

Saman Jabatan Kehakiman memetik Jho Low sebagai berkata yang Cespa membeli kepentingannya kerana ia (Cespa) “mahu kawalan dan pemilikan penuh perniagaan itu” (merujuk kepada Coastal Energy).

Jabatan Kehakiman tertarik dengan urus niaga Coastal kerana percaya pelaburan awal Jho Low bernilai AS$50 juta datangnya daripada 1MDB.

Jabatan Kehakiman juga bertindak memulakan rampasan hartanah di London hari ini berkata yang ia dibeli menggunakan sebahagian daripada keuntungan AS$350 juta daripada urus niaga dengan Coastal.

Beberapa orang yang terlibat dalam urus niaga itu sudah disoal siasat Jabatan Kehakiman sejak beberapa bulan kebelakangan ini, menurut mereka yang arif tentang perkembangan siasatan.

Dalam urus niaga itu Coastal diwakili Citigroup Inc, yang menasihati pelanggannya itu supaya berhati-hati dalam rundingan tersebut.

Harga pembelian saham Coastal Energy sebanyak AS$2.2 bilion ialah 28% lebih tinggi daripada harga saham sebenar syarikat itu, membolehkan Wyatt memperolehi lebih daripada AS$500 juta untuk suku kepentingan dalam syarikat tersebut. Peguam Wyatt tidak membalas panggilan telefon WSJ untuk meminta komen. Jurucakap Citi juga masih belum mengeluarkan kenyataan.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYdG3I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION

Sekianlah artikel AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AS DAKWA 1MDB ADA KAITAN DENGAN PENJUALAN SYARIKAT TENAGA BERNILAI RM9.4 BILION dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/as-dakwa-1mdb-ada-kaitan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :