Judul : Apa Sebenarnya Cukai Pelancongan Dan Kenapa Ianya Bakal Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah?
link : Apa Sebenarnya Cukai Pelancongan Dan Kenapa Ianya Bakal Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah?
Apa Sebenarnya Cukai Pelancongan Dan Kenapa Ianya Bakal Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah?
"Cukai Pelancongan" yang akan bermula pada 1 Julai dan berkuatkuasa pada 1 Ogos akan menyaksikan pelanggan bakal membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel.
Cukai Pelancongan bakal membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.
Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan.
Kadar cukai itu adalah seperti berikut:
- Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
- Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
- Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
- Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
- Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam
Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan turut dikenakan di sebalik membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan caj perkhidmatan.
Bagaimanapun, ia berkata bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai.
Selain itu, Kastam Diraja Malaysia berkata premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.
Katanya bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial juga diberikan pengecualian.
Cukai Pelancongan menyusahkan rakyat
Kerajaan sepatutnya mempertimbangkan semula dengan melaksanakan cukai pelancongan ini secara berperingkat. Contohnya, kenakan pada hotel bertaraf 4 atau 5 bintang sahaja untuk fasa pertama.
Orang yang menginap di premis 4 dan 5 bintang tidak akan ambil kisah RM20 on top of hotel rate sedia ada kerana memang mereka boleh bayar.
Konsep cukai pelancongan ini memang selayaknya dikenakan terlebih dahulu kepada pihak berpendapatan tinggi, diikuti secara beransur-ansur kepada golongan sederhana dan rendah.
Malangnya, sudah menjadi kelaziman pihak kerajaan acapkali memperkenalkan sesuatu cukai, ia sering dilakukan pada waktu yang tidak sepatutnya dan ini bakal memberi kesan kepada political mileage mereka.
Tak bijak langsung. Rakyat bawahan sentiasa didahulukan. Kah kah..
BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tcKJPo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Apa Sebenarnya Cukai Pelancongan Dan Kenapa Ianya Bakal Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah?
Anda sekarang membaca artikel Apa Sebenarnya Cukai Pelancongan Dan Kenapa Ianya Bakal Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah? dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/apa-sebenarnya-cukai-pelancongan-dan.html