Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa

Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa
link : Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa

Baca juga


Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa

JEMPOL – “Saya sangat terkilan sebab tidak sempat tunaikan permintaan ibu bapa saya untuk memiliki kereta Honda”.

Demikian kata anak kedua arwah Wan Muhamad Hazim Wan Mohd Fauzi, 19.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata kematian kesemua enam anggota keluarganya hanya diketahui pada pukul 6 petang tadi selepas dimaklumkan anggota polis di kediaman mereka di Putrajaya.

“Anggota polis itu hanya memaklumkan ayah saya terlibat kemalangan dan tidak pula memberitahu mengenai nasib lima lagi anggota keluarga saya.

“Saya tak sangka kejadian ini boleh berlaku,” katanya dalam nada sebak kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Jempol di sini.

Lapan Maut Termasuk Enam Rentung Kemalangan

Dalam kejadian 2.20 petang itu, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 jalan Bahau-Keratong, di sini, semalam.

Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51 dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.

Turut terkorban empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22, Wan Nor Atirah, 18, Wan Muhamad Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7. Kesemua pemandu dan penumpang Proton Exora rentung dalam kejadian itu.

Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31 dan isteri Rosniza Othman manakala anak kepada pasangan itu yang belum diketahui identiti mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.

Menceritakan lanjut, Wan Muhamad Hazim berkata beliau dipelawa dua kali oleh bapanya untuk mengikut menghantar adiknya Wan Nor Atirah ke Kolej Vokasional Kuantan, Pahang untuk menyambung pelajaran.

“Saya jarang mengikuti keluarga kerana saya bekerja.

“Saya sekarang jadi serba salah kerana tidak mengikut mereka (ke Kuantan),” katanya.

Beliau berkata kesemua jenazah akan dibawa pulang ke Jelawat dan Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan.

Sementara itu, adik kepada Mas Noraida, Massuhailayante M Yusoff, 43, berkata kali terakhir beliau bertemu kakaknya itu adalah pada Jumaat lepas.

“Ketika itu kami ambil cuti untuk menjaga emak yang sakit di Kelantan. Kami menjaga emak sepanjang Sabtu minggu sudah hingga Jumaat lepas.

“Sepanjang bersama, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda perubahan,” katanya.

Beliau berkata berita sedih itu hanya diketahuinya pada pukul 9.45 malam semalam.

“Bagaimanapun perkara ini belum lagi dimaklumkan kepada emak,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgouLN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa

Sekianlah artikel Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Ibu Bapa dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/anak-terkilan-tak-sempat-tunai-hajat.html

Subscribe to receive free email updates: