Judul : Adun Pujut: SPR Akur Keputusan Mahkamah
link : Adun Pujut: SPR Akur Keputusan Mahkamah
Adun Pujut: SPR Akur Keputusan Mahkamah
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching hari ini bahawa Dr Ting Tiong Choon kekal sebagai Anggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak N74 Pujut.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata suruhanjaya itu akan mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan keputusan mahkamah.
“SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan perkara ini bagi memuktamadkan keputusan yang melibatkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahkamah Tiinggi Kuching hari ini membatalkan keputusan DUN Sarawak yang melucutkan keanggotaan Dr Ting sebagai ADUN N74 Pujut yang mengakibatkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi itu.
Berdasarkan keputusan itu juga, mahkamah memutuskan bahawa tiada kekosongan luar jangka yang berlaku dan jawatan ADUN Pujut perlu dikembalikan kepada Dr Ting.
Pada 12 Mei, Dr Ting dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut kerana didakwa pernah memegang dua kewarganegaraan (Malaysia dan Australia) selepas usul itu dibentangkan pada DUN Sarawak.
Pada 7 Jun, Dr Ting memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan DUN itu melucutkan kelayakannya sebagai anggota dewan berkenaan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBwyqD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Adun Pujut: SPR Akur Keputusan Mahkamah
Anda sekarang membaca artikel Adun Pujut: SPR Akur Keputusan Mahkamah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/adun-pujut-spr-akur-keputusan-mahkamah.html