Judul : Acikku Sayang
link : Acikku Sayang
Acikku Sayang
Tibalah kita di penghujung Ramadan. Aku yakin semua orang pakat melipat gandakan amalan masing-masing. Izinkan saya membahasakan diri saya aku untuk lebih mudah berkongsi. Terima kasih admin kalau cerita ini tersiar.
Aku anak ke-4 dari lima beradik. Ibu bapaku kakitangan kerajaan tanpa masalah kewangan. Dibesarkan cukup kasih sayang dan makan pakai. Cerita aku fokus mengenai abang di atasku anak ke-3, Acik. Acik abangku yang kacak, baik, mempunyai 2 anak dan ada seorang isteri berjawatan atasan dalam sektor kerajaan. Luarannya nampak sempurna, tapi hakikatnya tidak.
Semasa sekolah acik pandai orangnya, budak asrama juga. Acik tidak berpelajaran tinggi. Cukup makan SPM. Masuk politeknik/kolej swasta, separuh jalan konfem berhenti. Aku ingat setiap kali ada projek/coursework, dia email aku mintak tolong suruh buat. Aku tolong buat dan dia hanya submit, masih tak boleh bertahan. Akhirnya dia berakhir menjadi polis. Alhamdulillah.
Ingatkan Acik yang hangat-hangat tahi ayam sudah berubah, tetapi hampa. Tak tahu kenapa acik sentiasa dekat dengan masalah. Acik main judi, dadah dan kerap dikenakan tindakan tata tertib oleh pegawai atasan. Acap kali pergaduhan laki bini berlaku sampai isteri beliau seperti hilang akal. Pecahkan barang, pukul anak dan sambil tu on phone supaya parents aku or mana-mana ahli keluarga aku dengar apa yang mereka gaduhkan. Kami kasihankan anak buah kami. Bukan kami tak suruh mereka berpisah demi kebaikan, tapi macam mana kita nak paksa orang, kalau diorang sendiri tak nak. Kalau baik tu, memang habis sweet la pegang tangan, upload fb, seolah memang cinta ke syurga. Anak makan bersuap, main playground apa semua. Bapa mithali pendek katanya. Jadinya, agak tak stabil dan aku yakin emosi anak-anak mereka terganggu.
Oleh kerana aku sendiri ibu dan wanita, aku faham kakak ipar pun pasti buntu dengan masalah keluarga mereka. Tak kira lagi masalah masa pantang yang mungkin efek rasional beliau sampai kini. Bukan duit masalahnya. Walaupun acik suka ponteng kerja, kami sekeluarga tetap hulurkan duit. Kadang dia buat drama swasta kena tangkap la, perlu wang jaminan atau kena halau rumah sehelai sepinggang, kami pasti terkesan dan diam-diam bank in. Tapi acik tak serik, ada je tempat haram dia pergi laburkan duit tu. Sampai kita sendiri tak tahu, bila sebenarnya dia betul-betul perlukan duit sebab asyik kena tipu. Katakan, kami tak bagi duit, acik tanpa segan silu contact pula pasangan kami minta duit. Pernah terjadi kes mahkamah sehingga kami perlu bayar peguam, ambil personal loan semua. Tak termasuk personal loan acik yang juga kami bayar. Mak abah bergaduh sebab dia. Abah darahnya naik bila bercakap pasal acik. Mak menangis. Tak berkesudahan. Sekejap nampak normal. Sekejap karang mata merah. Mak abah tak pernah miss sembahyang malam tapi itulah Allah masih menguji kami sekeluarga.
Tak ada apa yang kami harapkan selain untuk acik berubah. Di bulan Ramadan yang berkat ni, sudilah pembaca sekalian titipkan doa untuk abangku acik yang tersayang. Berubah lah cik. Anak-anak makin membesar tengok tingkah laku kita. Mak abah semakin tua makan hati berulam jantung dengan kita. Sampai bila cik. Redha mak abah tu redha Allah. Allah tu dekat cik. Jangan sampai kita terlambat mendekatiNya.
Peringatan untuk semua. Awasi pergaulan anak kita. Acik tersalah kawan dari sekolah menengah dan sehingga sekarang masih tersalah.
Wallahualam
Lalatalitamplom
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBP42e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Acikku Sayang
Anda sekarang membaca artikel Acikku Sayang dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/acikku-sayang.html