Judul : 8 Perkataan Baru Termasuk Tular (Viral) Dan Swafoto (Selfie) Masih Ramai Tak Tahu
link : 8 Perkataan Baru Termasuk Tular (Viral) Dan Swafoto (Selfie) Masih Ramai Tak Tahu
8 Perkataan Baru Termasuk Tular (Viral) Dan Swafoto (Selfie) Masih Ramai Tak Tahu
Itu antara hasil tinjauan mengenai lapan istilah bahasa Melayu yang diperkenalkan yang sebelum ini menggunakan bahasa Inggeris, iaitu:
- tular (viral)
- suri teladan (role model)
- jerayawara (road show)
- latar pentas (back drop)
- gegantung (bunting)
- imej tumpu (highlight)
- pascanilai (post mortem)
- swafoto (selfie)
Istilah bahasa Inggeris itu amat popular di media sosial sehingga pakar rujuk bahasa Melayu, Ismail Dahaman berpendapat sikap malas membuka kamus Bahasa Melayu antara punca sesetengah istillah bahasa Melayu masih janggal digunakan.
Hasil tinjauan menunjukkan 80.9 peratus daripada 157 responden memberi jawapan sedemikian bagi soalan adakah mereka lebih selesa menggunakan perkataan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.
Sebanyak 22 peratus berpendapat bahasa Melayu terlalu banyak mengalami perubahan hasil adaptasi daripada bahasa Inggeris yang menyukarkan untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian.
Sebanyak 86.2 peratus responden langsung tidak menggunakan istilah baru bahasa Melayu itu sebelum ini kerana hampir separuh responden baru menyedari kewujudannya.
Selepas mengetahui kewujudan lapan istilah berkenaan, 70 peratus responden mengakui tidak akan menggunakannya dalam perbualan harian dengan alasan ia janggal dan tidak selesa digunakan.
Berdasarkan komen diberikan, 25 peratus responden menyatakan kurang pendedahan terhadap istilah itu,
BACA INI JUGA: Nama Paling Unik Di Malaysia, Viva anak Proton Saga!
sumber: hmetro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tr9CYF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel 8 Perkataan Baru Termasuk Tular (Viral) Dan Swafoto (Selfie) Masih Ramai Tak Tahu
Anda sekarang membaca artikel 8 Perkataan Baru Termasuk Tular (Viral) Dan Swafoto (Selfie) Masih Ramai Tak Tahu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/8-perkataan-baru-termasuk-tular-viral.html