19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP

19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP
link : 19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP

Baca juga


19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP

Tareeq

Datuk Misbun Sidek


NAMA legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek kembali menjadi sebutan ketika ini, baik di muka hadapan portal berita sukan mahu pun pada garis masa media sosial peminat sukan tanah air.

Ramai yang teruja apabila Misbun membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini, satu langkah yang dilihat dapat memberi sinar harapan baharu untuk memimpin skuad badminton Malaysia agar terus gah di persada dunia.

Namun, siapakah insan yang bergelar Misbun ini. Mari kita imbas kembali sejarah milik jaguh sukan badminton ini:

1. Misbun terlibat secara aktif di gelanggang badminton antarabangsa bersama adik-beradiknya yang lain iaitu Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Mereka digelar sebagai “Sidek Brothers.”

2. Mula menerima latihan badminton daripada bapanya sendiri Datuk Sidek Abdullah Kamar sejak berusia tujuh tahun di sebuah gelanggang di hadapan rumah mereka di Banting, Selangor.

3. Pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara.

4. Misbun merangkul kejuaraan antarabangsa pertama di Terbuka Jerman 1981.

5. Meraih naib juara Piala Thomas 1988 merupakan gelaran terakhir Misbun di pentas antarabangsa selaku pemain perseorangan negara selepas Malaysia tewas kepada China 1-4.

6. Pada tahun 1989, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara berikutan keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan.

7. Misbun menjadi jurulatih skuad lelaki perseorangan kebangsaan sejak 2003 sehingga 2010.

8. Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sehingga muncul sebagai pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.

9. Misbun pernah meletak jawatan jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas ”sebab peribadi”.

10. Kisah Misbun dan adik-beradiknya turut diadaptasikan menerusi komik autobiografi  “Anak-Anak Sidek” yang diterbitkan pada tahun 1995, iaitu tiga tahun selepas Malaysia memenangi Piala Thomas.




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel 19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP

Sekianlah artikel 19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 19Y4NSiG8kkzwWjMD17euEaQ5PErpwxWkP dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/19y4nsig8kkzwwjmd17eueaq5perpwxwkp.html

Subscribe to receive free email updates: