Judul : Sultan Nazrin titah pertahankan hak Melayu, bumiputera
link : Sultan Nazrin titah pertahankan hak Melayu, bumiputera
Sultan Nazrin titah pertahankan hak Melayu, bumiputera
IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kesemua perkara asas yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk perkara yang menyentuh Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain perlu dipertahankan.
Baginda bertitah, kesemua perkara tersebut tertakluk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan ia tidak boleh dikompromi serta disensasikan oleh mana-mana pihak walaupun berlaku perubahan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
“Perbuatan mahu merombak persetujuan dan kontrak sosial yang telah dipersetuju bersama semasa penggubalan Perlembagaan Merdeka tersebut akan hanya mengundang kepada berlakunya suasana tidak harmonis yang boleh menggugat kestabilan politik dan ketenteraman awam.
“Jangan ada individu atau badan yang mahu menjadi jaguh, mengungkit dan menuntut perkara-perkara asas yang telah dipersetujui dan termaktub di dalam Perlembagaan Negara,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Titah baginda lagi, rakyat tidak sepatutnya menjadi mangsa seperti kata pepatah, kancil terhimpit mati di tengah-tengah ketika gajah sama gajah memilih untuk terus bertarung. - K! ONLINE
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Sultan Nazrin titah pertahankan hak Melayu, bumiputera
Sekianlah artikel Sultan Nazrin titah pertahankan hak Melayu, bumiputera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sultan Nazrin titah pertahankan hak Melayu, bumiputera dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/sultan-nazrin-titah-pertahankan-hak.html