Lapan maut dalam nahas empat kenderaan

Lapan maut dalam nahas empat kenderaan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lapan maut dalam nahas empat kenderaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapan maut dalam nahas empat kenderaan
link : Lapan maut dalam nahas empat kenderaan

Baca juga


Lapan maut dalam nahas empat kenderaan

Lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 25 Jalan Bahau – Keratong, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira  2.30 petang membabitkan masing-masing sebuah treler, Proton Exora, Toyota Vios dan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mangsa yang rentung menaiki Proton Exora termasuk seorang kanak-kanak.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun belum dapat dikenal pasti berikutan kesemua barangan termasuk pengenalan diri turut terbakar.

Mangsa lain yang maut adalah pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Myvi. Manakala, anak mereka berusia 3 tahun cedera dan dikejarkan ke Hospital Jempol.

“Siasatan awal mendapati, treler dari arah Keratong menghala ke Bahau dipercayai cuba memotong sebuah motosikal, bagaimanapun tidak lepas dan pemandu terpaksa menekan brek,” katanya.

Berikutan itu, katanya, treler tanpa muatan berkenaan terbabas ke kanan jalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa sama, sebuah Perodua Myvi cuba mengelak treler itu, lalu turut masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Toyota Vios. Manakala Proton Exora dari arah Bahau ke Keratong pula terbabas ke kiri, lalu melanggar treler terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Jempol untuk siasatan termasuk bagi mencari waris untuk mengenal pasti identiti mangsa yang rentung.

The post Lapan maut dalam nahas empat kenderaan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQs1PW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Lapan maut dalam nahas empat kenderaan

Sekianlah artikel Lapan maut dalam nahas empat kenderaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lapan maut dalam nahas empat kenderaan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/lapan-maut-dalam-nahas-empat-kenderaan.html

Subscribe to receive free email updates: