KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli

KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli
link : KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli

Baca juga


KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli

ARAU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Majlis Sosial Negara bagi mencadangkan tindakan tegas diambil dalam mengekang kejadian buli dan dera daripada terus berlaku.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementeriannya memandang serius kes berkenaan sehingga menyebabkan kematian yang berlaku baru-baru ini.

Beliau berpuas hati kerana polis mengambil tindakan tindakan dalam kes T. Nhaveen, 18, yang meninggal dunia petang semalam akibat dipukul sekumpulan remaja seminggu lalu mengikut panel kod dan bukan akta kanak-kanak.

“Pegawai saya kini lebih kerap turun padang menemui masyarakat dan kumpulan sasar bagi mendapatkan maklum balas atau cadangan bagi menambah baik program kementerian,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program #NEGARAKU_KasihKITA_KPWKM di Rumah Kanak-Kanak Arau, Guar Nangka di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain Rohani berkata kementeriannya melancarkan program baharu Transit Home atau Rumah Transit untuk wanita bujang setelah mereka keluar dari rumah perlindungan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila mencapai umur 18 tahun.

“Kita risau mereka tiada pengalaman dan tempat tuju apabila keluar. Oleh sebab itu Rumah Transit menyediakan perlindungan sementara sehingga mereka tamat belajar atau bekerja,” katanya.

Menurutnya empat Rumah Perlindungan JKM telah diluluskan dijadikan Rumah Transit iaitu di Keramat yang dihuni 20 orang, Cheras, Melaka dan Guar Nangka, Perlis.

Rumah Kanak-Kanak Arau di Guar Nangka kini secara rasminya dinamakan Rumah Transit Abdul Latif Romly iaitu pemenang pingat emas acara lompat jauh (T20) Sukan Paralimpik di Brazil tahun lepas.

Selain itu , beliau turut mengumumkan kementerian memperuntukkan RM24 juta bagi melaksanakan pelbagai program JKM di Perlis sepanjang tahun ini dan menyampaikan duit raya kepada penghuni rumah tersebut.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada majlis tersebut membabitkan warga emas, pameran dan gerai jualan kumpulan wanita serta mengacau bubur lambuk. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tcJQai

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli

Sekianlah artikel KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPWKM Ambil Tindakan Tegas Tangani Kes Buli dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kpwkm-ambil-tindakan-tegas-tangani-kes.html

Subscribe to receive free email updates: